Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan di Peta Malaysia
  • Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan.
  • Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.
  • Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  • Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.
  • Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera berikut telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna.


Ibu Kota Persekutuan - Kuala Lumpur

Peta Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur (singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia.
  • Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.

Bendera Kuala Lumpur


Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah, warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.
  • 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
  • Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran.
  • Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
  • Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif.
  • Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
  • Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.

Jata Kuala Lumpur

  • Cogan kata Bandaraya Kula Lumpur, Maju dan Makmur ada pada jata ini.
  • Bulan Sabit dan bintang bersudut tiga belas menyatakan kedudukan agama Islam di Malaysia
  • Buku yang dengan kepingan hijau melambangkan Kuala Lumpur sebagai pusat pendidikan.

Lagu Kuala Lumpur
Dengan megah berkibar benderaku
Lambang kemegahan warga kota
Kuala Lumpur bersih berbunga bercahaya
Harum nama diseluruh dunia
Rakyat hidup bersatu dan bahagia
Maju dan makmur bandaraya kita
Tanah pusaka ni warisan bangsa
Tegak berdaulat senbasa
Tuhan selamatkan Kuala Lumpur
Tuhan selamatkan Kuala Lumpur




Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa - Labuan

Peta Labuan
  • Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia.
  • Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2.
  • Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan.
  • Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956.
  • Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".

Bendera Labuan
  • Bulan bintang bermakna agama Islam sebagai agama rasmi.
  • Bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
  • Warna merah melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
  • Warna putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.
  • Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan.
  • Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati falsafah Rukun Negara.

Jata Labuan

  • Warna biru melambangkan ketegasan Perbadanan Labuan untuk mempertingkatkan pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial.
  • Warna jingga pula melambangkan keceriaan Perbadanan dalam memperkembangkan kesenian, budaya, sukan dan aktiviti rekreasi.

Pusat Pentadbiran Persekutuan - Putrajaya

Peta Putrajaya

  • Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999.
  • Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
  • Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Bendera Putrajaya

  • Jata negara Malaysia di tengah-tengah bendera melambangkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran yang baru di Malaysia.

Jata Putrajaya

  • Pokok-pokoknya melambangkan Taman Botani yang memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Putrajaya.