Lokasi Malaysia

Lokasi Malaysia di Dunia
  • Peta Dunia di atas menunjukkan benua-benua di atas muka bumi. Benua merupakan tanah daratan yang sangat luas di atas muka bumi. Setiap benua mempunyai lebih daripada satu negara. Umumnya, terdapat 7 benua:
    • Afrika
    • Amerika Selatan
    • Amerika Utara
    • Antartika
    • Asia
    • Eropah
    • Oceania
  • Malaysia terletak di benua Asia dan di tengah-tengah Wilayah Asia Pasifik. 

Lokasi Malaysia di Benua Asia
  • Asia merupakan benua yang terbesar di dunia iaitu 55.8 juta km persegi.
  • Benua Asia menganjung dari garis bujur 28' Timur sehingga 170' Barat dan dari garis lintang 10 ' Selatan sehingga 75' Utara. Benua Asia direntasi oleh Garisan Artik, Garisan Sartan dan Garisan Khatulistiwa.
  • Benua ini menempatkan jumlah penduduk paling ramai, iaitu lebih kurang 60% daripada populasi dunia.
  • Benua Asia ialah sebuah kawasan yang meliputi Arab Saudi di barat, Russia di utara, Kepulauan Maldives di selatan, dan Jepun di timur.
  • Sempadan Asia-Eropah dikatakan terletak di Laut Caspia, Laut Hitam, Pergunungan Caucus, Laut Marmara, Sungai Ural dan Pergunungan Ural.
  • Sempadan Asia-Afrika ialah Terusan Suez, dan Asia-Australia terletak di sempadan Papua, Indonesia dan Papua New Guinea.
  • Malaysia terletak di benua Asia Tenggara. Malaysia dibahagi menjadi dua bahagian oleh Laut China Selatan, daratan pertama di Semenanjung Malaka, dan yang kedua ada di Pulau Kalimantan. Dengan ini Malaysia mempunyai bahagian daratan dan bahagian kepulauan.  


Lokasi Malaysia di Asia Tenggara
  • Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.
  • Di utara Semenanjung Malaysia ialah Thailand dan di Selatan, ialah negara jiran Singapura. Sabah dan Sarawak terletak di utara Indonesia di Borneo dan Sarawak turut berkongsi sempadan dengan Brunei.

Peta Malaysia
  • Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang Terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan.
  • Malaysia terletak antara 2º dan 7º ke utara Garisan Khatulistiwa, menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu).
  • Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).
  • Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan.
  • Pada tahun 2011, Malaysia diduduki 28.3 juta orang, terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina 24.6 peratus, India 7.3 peratus dan lain-lain 0.7 peratus.
Ingin mendapat maklumat yang lebih mendalami? Sila kunjungi http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia