11 Okt 2011

Kelantan Darul Naim


Kedudukan Kelantan di Peta Malaysia




  • Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli.

  • Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand.

  • Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

  • Ibu negeri dan bandar dirajanya ialah Kota Bharu.


Bendera Kelantan



  • Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.

  • Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.


Jata Kelantan



  • Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan.

  • Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan.

  • Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam.

  • Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya.

  • Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

  • "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata negeri ini.

Lagu Kelantan


Lanjutkan Usia Al-Sultan Kami

Lanjutkan usia Al-Sultan kami

Sultan Kelantan raja ikrami

Aman sentosa Tuhan sirami

Kekal memerintah kami

Kasih dan taat setia disembahkan

Keriangan diucapkan

Segala kebesaran Allah cucurkan

Bertambah kemuliaan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan