Refleksi

Pembangunan Blog merupakan tugasan individu bagi pelajar PJJ UPSI dalam KRT 3013 – Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Tugasan ini meminta saya membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini sangat susah bagi saya kerana saya tidak pernah membina blog sebelum ini. Nasib baik pihak UPSI telah menyediakan cara membina blog untuk pelajar PJJ. Mengikut cara tersebut, saya berjaya membina satu blog. Di sini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyediakan cara tersebut.
Topik pengajaran yang saya pilih untuk membina blog P&P ialah “Mengenal Negara Kita”. Topik tersebut merupakan salah satu topik bagi mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Saya berharap blog ini dapat menjadi bahan bantu mengajar bagi guru-guru yang mengajar Kajian Tempatan semasa mengajar topik tersebut. Peta Malaysia, Lokasi Malaysia dan Wilayah Persekutuan telah saya bezakan pada pages yang berlainan. Bendera, jata dan lagu negeri-negeri di Malaysia masing-masing boleh dicari pada Oktober 2011.
Sebenarnya, blog saya membina berdasarkan sukatan pelajaran dan bukan buku teks yang berkenaan. Hal ini kerana saya berasa buku teks yang digunakan oleh setiap negeri atau sekolah adalah berlainan, tetapi sukatannya mesti sama, jadi blog ini adalah dibina berdasarkan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh KPM. Seperkara lagi, topik ini merupakan topik yang besar dan merangkumi banyak bahagian, saya tidak dapat menyediakan maklumat yang menyeluruh, jadi saya membina blog dengan memilih tiga sub topik sahaja, iaitu Lokasi Malaysia, Identiti Negara dan Negeri-negeri dalam Malaysia. Saya juga menyediakan beberapa lembaran kerja yang berkenaan untuk mengukuh peringatan murid tentang lokasi dan identiti negara.
Saya berasa blog ini sesuai digunakan dalam sekolah kebangsaan kerana bahasa pengantar yang saya gunakan ialah Bahasa Malaysia. Blog ini kurang sesuai digunakan di sekolah jenis kebangsaan kerana bukan menggunakan bahasa ibunda untuk mengajarnya. Namun, kini kita sedang “memartabatkan Bahasa Malaysia”, murid-murid sekolah jenis kebangsaan perlu banyak menggunakan Bahasa Malaysia, berharaplah blog ini boleh digunakan untuk melatih mereka membaca Bahasa Malaysia.
Lokasi Malaysia merupakan sub topik yang penting dalam topik “mengenal negara kita”. Maklumat yang saya isikan ialah lokasi Malaysia di Dunia, di benua Asia dan di Asia Tenggara. Antaranya saya juga masuk sedikit maklumat yang berkenaann untuk kefahaman murid-murid. Di samping itu, saya juga menyediakan lembaran kerja yang berkenaan untuk mengukuhkan pengetahuan murid tentang lokasi Malaysia. Seperkara lagi, dalam blog ini ada satu “game” yang berkenaan dengan negara di benua Asia. Saya memasukkan gadget ini untuk meningkatkan minat murid tentang mengetahui lokasi-lokasi dan nama-nama negara di benua Asia. Permainan ini juga dapat menyenang murid semasa berasa bosan.
Identiti negara merupakan sub topik yang amat penting dalam topik ini. Dalam blog ini saya menyediakan maklumat yang berkenaan dengan identiti Malaysia. Sebenarnya, identiti negara bukan bendera dan jata sahaja, tetapi juga bunga raya dan harimau melaya. Keempat-empat barang ini merupakan identiti Malaysia di dunia dengan sebab-sebab tertentu. Dalam blog saya ada memberi penjelasan terhadap sebab-sebab itu dan juga lembaran kerja yang berkenaan.
Mengenal negeri-negeri di Malaysia merupakan satu sub topik yang sangat besar. Dalam sukatan pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5, murid-murid diminta mengenali negeri-negeri di Malaysia dengan mengetahui bendera dan jata berkenaan. Bendera dan jata merupakan lambang negeri-negeri dalam Malaysia. Saya juga masukkan lagu negeri bersama bendera dan jata tersebut supaya murid-murid dapat mengetahui lagu negeri lain di samping belajar lagu negeri sendiri. Sehubung dengan itu, saya juga memperkenalkan wilayah persekutuan di Malaysia dengan memberi bendera dan lambangnya. Saya juga memberi perjelasan tentang bendera dan jata negeri untuk menambah pengetahuan murid tentang maksud tanda atau lambang pada bendera atau jata tersebut. Lembaran kerja yang saya sediakan untuk sub topik ini ialah memadankan bendera dengan jata yang berkenaan dan menulis nama negeri tersebut.
Semoga blog P&P yang saya bina ini dapat memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak UPSI. Saya juga berharap blog ini dapat menjadi bahan bantu mengajar kepada guru-guru Kajian Tempatan yang akan mengajar topik-topik tersebut. Sekiranya ada apa kesalahan, sila berikan komen tuan pada ruang yang disediakan. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan