11 Okt 2011

Pulau Pinang Pulau Mutiara

Kedudukan Pulau Pinang di Peta Malaysia





  • Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.

  • Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

  • Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis.

  • Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


    • Pulau Pinang, sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi.

    • Seberang Perai, sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara serta di timur dan selatan Perak.

  • Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957.


Bendera Pulau Pinang





  • Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.

  • Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai.

  • Warna kuning melambangkan kemakmuran.

  • Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.


Jata Pulau Pinang



  • Pohon Pinang (Areca catechu) ialah tanda asal nama pulau itu.

  • Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut.

  • Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

  • Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

  • Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima.

  • Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukun Negara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.



Lagu Pulau Pinang
Untuk Negeri Kita
Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Ku taat dan setia,
Aman dan bahagia,
Majulah, Jayalah,
Negeriku yang ku cinta,
Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan