11 Okt 2011

Pahang Darul Makmur




Kedudukan Pahang di Peta Malaysia



  • Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan:


    • Kelantan di utara

    • Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat

    • Johor di selatan; dan

    • Terengganu dan Laut China Selatan di timur.

  • Pahang berkeluasan 35,964 km².

  • Ibu negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan ialah bandar diraja.

  • "Darul Makmur", nama gelaran bahasa Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang tenang".


Bendera Pahang



  • Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

  • Putih adalah melambangkan raja.

  • Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja.

  • Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.



Jata Pahang





  • Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.

  • Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.

  • Gading yang bersilang di bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.

  • Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.



Lagu Pahang


ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI
Ya Allah Yang Masa Kuasa
Lanjutkan Usia Kebawah Duli
Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan