11 Okt 2011

Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Kedudukan Sabah di Peta Malaysia





  • Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak dan terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia.

  • Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada hanya di bawah laluan monsun.

  • Sabah berkeluasan 76,115 km².

  • Ibu negeri Sabah adalah Kota Kinabalu.

  • Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.

  • Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,095 meter terletak di Sabah.



Bendera Sabah



  • Bendera negeri Sabah bersegi panjang berukuran 1:2.

  • Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.

  • Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

  • Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

  • Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

  • Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.



Jata Sabah



  • Sepasang tangan yang menjulang megah bendera negeri Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah.

  • Sebarisan lima warna di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah.

  • Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan, warna biru cerah melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama rakyat.

  • Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Di bahagian bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu Sabah Maju Jaya.



Lagu Sabah


Sabah Tanah Airku
Sabah tanah airku,
Negeri kita yang tercinta
Pemuda pemudi Semua marilah
Bangunlah bersatu semua
Marilah bersama serta maju jaya
Merdeka sepanjang masa
Bersatu segala bangsa sentosa
Sabah negeri merdeka





Sarawak Bumi Kenyalang

Kedudukan Sarawak di Peta Malaysia




  • Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.


  • Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.


  • Sarawak dipisahkan sejauh 600km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.


  • Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (ibu negeri), Miri, Sibu, Bintulu, Sarikei, Sri Aman dan Limbang.


  • Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.






Bendera Sarawak





  • Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.

  • Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

  • Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

  • Bintang pecah sembilan yang berwarna kuning melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal dalam harmonis.

  • Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.



Jata Sarawak



  • Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi politik pembangunan.

  • Lencana negeri ini juga boleh membezakan keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.



Lagu Sarawak
Ibu Pertiwi Ku
Sarawak Tanah Air Ku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku
Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai
Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat





Selangor Darul Ehsan

Kedudukan Selangor di Peta Malaysia





  • Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

  • Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

  • Negeri Selangor berkeluasan 8104 km².

  • Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang.

  • Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Sarawak.

  • Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang.


Bendera Selangor




  • Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.

  • Bulan sabit dan bintang pula ialah sebagai lambang agama Islam, agama rasmi negeri Selangor manakala kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.


Jata Selangor





  • Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

  • Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna.

  • Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.

  • Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.

  • Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.


Lagu Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia





Terengganu Darul Iman

Kedudukan Terengganu di Peta Malaysia




  • Negeri Terengganu Darul Iman terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


  • Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.


  • Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.


  • Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai,Dungun dan Jerteh.



Bendera Terengganu



  • Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu.

  • Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat.

  • Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda.

  • Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.


Jata Terengganu







  • Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.

  • Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.

  • Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri.

  • Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.


Lagu Terengganu



Lagu Kebangsaan Terengganu
Allah daulatkan tuanku sultan
Terengganu Darul Iman
Allah rahmatkan tuanku sultan
Sejahtera Sepanjang Zaman
Allah peliharakan tuanku sultan
Memerintah rakyat aman





Perak Darul Ridzuan

Kedudukan Perak di Peta Malaysia






  • Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang).


  • Negeri Perak berkeluasan 21,006 km².


  • Ibu negeri Perak ialah Ipoh.


  • Bandar diraja Perak ialah Kuala Kangsar.


Bendera Negeri Perak





  • Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

  • Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

  • Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

  • Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.



Jata Negeri Perak





  • Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

  • Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.

  • Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.

  • Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.

  • Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.




Lagu Negeri Perak



Allah Lanjutkan Usia Sultan
Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Dita'ati rakyat kiri dan kanan
Iman yang solleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan





Perlis Indera Kayangan

Kedudukan Perlis di Peta Malaysia







  • Negeri Perlis Indera Kayangan (atau Perlis Darul Sunnah) merupakan negeri yang terkecil di Malaysia.


  • Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan.


  • Perlis berkeluasan 810 km².


  • Ibu negeri Perlis ialah Kangar dan Bandar Diraja ialah Arau.



Bendera Perlis





  • Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua buah warna.

  • Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru.

  • Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang terdapat di Perlis.

  • Jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat".

  • Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan paduan warna bendera negara Ukraine kerana jalur atas pada bendera Ukraine berwarna biru muda.



Jata Perlis





  • Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.

  • Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu.

  • Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.


Lagu Perlis


Amin amin ya Rabaljalil
Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail





Pulau Pinang Pulau Mutiara

Kedudukan Pulau Pinang di Peta Malaysia





  • Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.

  • Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

  • Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis.

  • Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


    • Pulau Pinang, sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi.

    • Seberang Perai, sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara serta di timur dan selatan Perak.

  • Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957.


Bendera Pulau Pinang





  • Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.

  • Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai.

  • Warna kuning melambangkan kemakmuran.

  • Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.


Jata Pulau Pinang



  • Pohon Pinang (Areca catechu) ialah tanda asal nama pulau itu.

  • Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kebel yang menegakkan tiang tersebut.

  • Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

  • Empat kebel pula menggambarkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

  • Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima.

  • Tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukun Negara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.



Lagu Pulau Pinang
Untuk Negeri Kita
Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Ku taat dan setia,
Aman dan bahagia,
Majulah, Jayalah,
Negeriku yang ku cinta,
Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita.





Pahang Darul Makmur




Kedudukan Pahang di Peta Malaysia



  • Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, ia bersempadan dengan:


    • Kelantan di utara

    • Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat

    • Johor di selatan; dan

    • Terengganu dan Laut China Selatan di timur.

  • Pahang berkeluasan 35,964 km².

  • Ibu negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan ialah bandar diraja.

  • "Darul Makmur", nama gelaran bahasa Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan yang tenang".


Bendera Pahang



  • Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

  • Putih adalah melambangkan raja.

  • Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja.

  • Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.



Jata Pahang





  • Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.

  • Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.

  • Gading yang bersilang di bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.

  • Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.



Lagu Pahang


ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI
Ya Allah Yang Masa Kuasa
Lanjutkan Usia Kebawah Duli
Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami.





Negeri Sembilan Darul Khusus



Kedudukan Negeri Sembilan di Peta Malaysia






  • Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:

    • Selangor di utara;

    • Pahang di timur;

    • Johor di tenggara;

    • Melaka di selatan; dan

    • Selat Melaka di barat.

  • Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14.

  • Negeri Sembilan berkeluasan 6,645 km².

  • Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti di dalam daerah Kuala Pilah.



Bendera Negeri Sembilan





  • Warna-warna Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja.

  • Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.




Jata Negeri Sembilan





  • Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.

  • Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British.

  • Warna hitam maknanya Datuk-datuk Undang.

  • Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.

  • Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama.

  • Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan.

  • Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar.





Lagu Negeri Sembilan

Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurnia sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang setia
Musuhnya habis binasa

Berkatlah Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan




Kelantan Darul Naim


Kedudukan Kelantan di Peta Malaysia




  • Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli.

  • Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand.

  • Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

  • Ibu negeri dan bandar dirajanya ialah Kota Bharu.


Bendera Kelantan



  • Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.

  • Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.


Jata Kelantan



  • Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan.

  • Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan.

  • Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam.

  • Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya.

  • Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

  • "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogan kata negeri ini.

Lagu Kelantan


Lanjutkan Usia Al-Sultan Kami

Lanjutkan usia Al-Sultan kami

Sultan Kelantan raja ikrami

Aman sentosa Tuhan sirami

Kekal memerintah kami

Kasih dan taat setia disembahkan

Keriangan diucapkan

Segala kebesaran Allah cucurkan

Bertambah kemuliaan



Kedah Darul Aman


Kedudukan Kedah di Peta Malaysia




  • Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 13 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).

  • Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Songkhla dan Yala wilayah Thailand ke utara. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.

  • Keluasan negeri Kedah ialah 9,425 km2 .

  • Modal di negeri ini ialah Alor Setar dan tempat duduk diraja adalah di Anak Bukit. Lain-lain bandar-bandar utama termasuk Sungai Petani, dan Kulim di tanah besar, dan Kuah di Langkawi.



Bendera Kedah


  • Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun.

  • Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.

  • Anak bulan tanda negeri beragama Islam.

  • Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.



Jata Kedah



  • Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini.

  • Anak bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.



Lagu Kedah


Allah Selamatkan Sulatan Mahkota

Allah selamatkan Sultan Mahkota,

Berpanjangan usia diatas Takhta ,

Memelihara ugama Nabi kita ,

Negeri Kedah serata-rata.



Melaka Bandaraya Bersejarah



Kedudukan Melaka di Peta Malaysia





  • Negeri Melaka (juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah).

  • Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).

  • Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

  • Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera.

  • Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri.

  • Ibu negerinya Bandaraya Melaka.

  • Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.


    Bendera Melaka



    • Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda agama Islam, agama negeri dan juga negara.



    Jata Melaka




    • Pelbagai warna (putih, kuning dan biru) yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang terdapat di Malaysia.Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari Malaysia.

    • Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi.

    • Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi.

    • Terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.






    Lagu Melaka


    Melaka Maju Jaya

    Melaka Negeri Bersejarah

    Tempat tumpah darah kita

    Dijunjung dengan sepenuh jiwa

    Untuk maju dan jaya

    Rakyat Melaka sudah bersatu padu

    Berikrar taat setia

    Jujur berkhidmat setiap masa

    Melaka maju jaya.