11 Okt 2011

Johor Darul Takzim



Kedudukan Johor di Peta Malaysia



  • Johor Darul Takzim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadankan:


    • Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara;

    • Laut China Selatan di timur;

    • Selat Tebrau di selatan; dan

    • Selat Melaka di barat

  • Keluasnya negeri Johor ialah 18,992 kilometer persegi (km2) .

  • Ibu negerinya ialah Johor Bahru.

  • Darul Takzim, nama gelaran Arabnya, bermaksud "tempat perlindungan bermaruah".



Bendera Johor




  • Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.

  • Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.

  • Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.


Jata Johor



  • Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam.

  • Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini.

  • Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

  • Cogan kata negeri ini ialah: "KEPADA ALLAH BERSERAH" .


Lagu Johor


Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan

'Nugerahkan dia segala kehormatan

sihat dan ria kekal dan makmur

luaskan kuasa

naungkan kami

rakyat dipimpini berzaman lagi

dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor


Allah selamatkan Sultan.







Cara Menyanyi lagu Johor



Tiada ulasan:

Catat Ulasan