Kedudukan Terengganu di Peta Malaysia
- Negeri Terengganu Darul Iman terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
- Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.
- Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.
- Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandar Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai,Dungun dan Jerteh.
Bendera Terengganu
- Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu.
- Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat.
- Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda.
- Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
Jata Terengganu
- Bulan bintang menunjukkan negeri Islam.
- Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri.
- Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri.
- Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.
Lagu Terengganu
Lagu Kebangsaan Terengganu
Allah daulatkan tuanku sultanTerengganu Darul Iman
Allah rahmatkan tuanku sultan
Sejahtera Sepanjang Zaman
Allah peliharakan tuanku sultan
Memerintah rakyat aman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan