11 Okt 2011

Melaka Bandaraya Bersejarah



Kedudukan Melaka di Peta Malaysia





  • Negeri Melaka (juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah).

  • Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).

  • Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

  • Negeri Melaka terletak di pantai barat daya Semenanjung Malaysia, serta bertentangan dengan Sumatera.

  • Berkeluasan 1,650 kilometer persegi, ia bersempadankan Negeri Sembilan di utara dan Johor di timur. Pulau Besar, Melaka juga termasuk dalam sempadan negeri.

  • Ibu negerinya Bandaraya Melaka.

  • Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri.


    Bendera Melaka



    • Warna-warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan sabit dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda agama Islam, agama negeri dan juga negara.



    Jata Melaka




    • Pelbagai warna (putih, kuning dan biru) yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang terdapat di Malaysia.Ia menunjukkan bahawa Melaka adalah sebahagian dari Malaysia.

    • Manakala 5 keris yang ada melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi.

    • Bulan sabit dan bintang pecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol kepada Islam sebagai agama rasmi.

    • Terdapat pokok Melaka, pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. 2 ekor pelanduk yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan. Dalam hikayat itu menceritakan bagaimana Parameswara menyaksikan pergaduhan antara seekor pelanduk dengan seekor anjing semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan rusa yang kecil itu semasa berlawan dengan seekor anjing. Akhirnya baginda mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya Melaka. Pelanduk itulah yang telah menyebabkan Raja Melaka mengambil keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.






    Lagu Melaka


    Melaka Maju Jaya

    Melaka Negeri Bersejarah

    Tempat tumpah darah kita

    Dijunjung dengan sepenuh jiwa

    Untuk maju dan jaya

    Rakyat Melaka sudah bersatu padu

    Berikrar taat setia

    Jujur berkhidmat setiap masa

    Melaka maju jaya.



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan