Maksud setiap lambang atau warna dalam Jata Malaysia adalah seperti berikut:
- Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning melambangkan agama Islam.
- Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.
- Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia.
- Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
- Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
- Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
- Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
- Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
- Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan